Monday, May 23, 2011

Melayu Oh Melayu

Nukilan dari seseorang yang digelar 'Ultra Malay' ...mari kita hayati...
 
 
1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.
4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.

6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi. 

Tun Mahathir Mohamad
22 March 2011

Sunday, May 15, 2011

Dapatkan Brendan Gan secara percuma sekarang !!!!


Brendan Gan ,mungkin ada yang dah kenal dan ada yang tak kenal lagi.Bagi yang belum kenal dia ni adalah salah seorang pemain yang boleh diguna pakai oleh FAM bagi menguatkan Harimau Malaya.

Pasal apa?Sebabnya adalah dia ni main  di Liga A Australia.Liga yang kita akui lebih tinggi mutunya dari liga M kita.Bapak si Brendan Gan ni orang Seremban oleh itu mengikut undang-undang FIFA beliau boleh bermain untuk Malaysia dan Australia.

Aku malas nak ungkit kelembapan FAM  mengesan pemain-pemain kelahiran Malaysia sebelum ni.Cukuplah ianya jadi sejarah je.



Pada 14/5/2011 yang lalu mamat ni  telah di lepaskan secara percuma oleh Sydney FC.Sehingga kini Brendan masih belum menandatangani mana-mana kontrak bersama kelab di Liga A.Inilah peluang jika pasukan di Malaysia ingin mengikat kontrak dengannya.FAM pun boleh juga ikat si Brendan ni melalui skuad Harimau Muda.Tapi aku tak pasti had umur Brendan ni masih melayakanya bermain untuk HMA.

Entah Brendan ni power ke tak.Aku pun tak tau.Apa-apa pun mana-mana pihak yang berminat,hantarlah scout sendiri dulu.kang tak pasal-pasal kene tipu dengan ejen.Ejen ni jangan buat pasal OOoo.FAM pun kene main dengan ejen.Ejen pengatur perlawanan persahabatan !!!!




p/s 
korg tolonglah klik dekat mana2 iklan yg korg nampak dlm blog ni..tq

Sunday, May 8, 2011

Negeri Sembilan Vs Kelantan (10 Mei 2011 )

Negeri Sembilan Vs Kelantan (10 Mei 2011 )


Inilah masanya kita semua bersatu berpadu tenaga membentuk gelombang hitam kuning di Paroi nanti...kali terakhir Negeri Sembilan menang dengan Kelantan di  Liga Super adalah 2 Mei 2009 ...dah dua tahun rupanya tak menang....Cilakak !!!!

Ok ok....Peringatan bawalah bendera Negeri Sembilan dan juga kertas resit yang bergulung-gulung tu ke stadium sekali...kalau ado sapo tak paham atau tak ponah melihat bendero negeri dan korteh resit gulung-gulung macam mano....tengok kek bawah ni ha....!!!!! 
                                                               Bendero Negeri Sembilan
                                     korteh resit gulung-gulung

 Ok...ngam...sumo dah sedio...copek ...copek...ke Kona Jang....

Friday, April 22, 2011

Pengadil dan penjaga gol berkongsi warna jersi..!!!

Hari selasa yang lalu aku bersama crew UN9 telah bertandang ke Stadium Darulmakmur Kuantan....perlawanan antara Negri berlaga dengan Pahang....dan entry kali ni bukan nak menceritakan hal keperibadian aku.....tapi kali ni aku nak cerita sikit tentang satu senario yang amat sangat minat aku perhatikan......



 gambar dicuri tanpa curiga daripada enchek Don Helmy
 
 Ok sekarang cuba anda perhatikan apa yang menariknya dalam gambar diatas.....hmmmmmm.....dapat tak mengesanya ???

ok....ok....perhatikan warna kit penjaga gol dan pengadil bertauliah dari FAM tu.....sama tak????
sefahaman aku dalam permainan bolasepak profesional ni kalau kit pengadil sama dengan pemain...maka pemain tu seharusnya menukar kepada warna yang lain...ini FIFA punya LAW aku cakap ni...tak tau pulak FIFA punya Law ni tak berkuatkuasa di Pahang pasal presiden FIFA baru dapat Dato tempohari....

PBNS pun satu hal...bantahlah...tak kan mau diam...aku sempat berborak dengan salah seorang jurulatih Negri pada malam tu...dan dia pun perasan insiden tersebut...tapi terpulanglah kepada pihak pengurusan untuk membuat bantahan....

Aku tahulah ketangkasan FAM meghasilkan Officials ni...tak ada negara dalam dunia ni boleh lawan(baca post tentang kehebatan FAM menghasilkan pengadil di entry dekat bawah-bawah ni)....Setiap perlawanan Liga Super ada pegawai dari FAM datang ...mungkin pegawai yang datang kali ni rabun warna kot ataupun dah diberitahu kepada pasukan terbabit...tapi pasukan terbabit buat tak tahu je...ataupun aku yang rabun warna......!!!!!
P/S.sila-silalah klik dekat iklan yg terdapat dekat dalam blog ni...mana tau anda akan dapat hadiah misteri...yang memang misteri....cubala cubala...

Wednesday, April 13, 2011

Dari KONA ke grandstand !!!!



Lebih dari sebulan aku tak turun ke KONA 4C atas sebab-sebab tertentu aku banyak tak join UN9 punya game sebelum ni....semalam 12 April 2011 perlawanan ke 11 liga super...negeri lawan kedah...... 

Negeri tengah 'off form sekarang ni...last diorang menang seingat aku lawan Terengganu ke T-Team (aku pun tak ingat yang mana satu )........yang penting ke stadium nak naikan semangat diri sambil meluahkanya , nak jumpa GE yg balik bercuti dan nak jumpa juak-juak UN9...

kali ni aku nak bercerita dengan menggunakan visual pulak...ok....!!!!!

Aku makan coklat untuk menambahkan tenaga.....Tenaga bakal digunakan dengan banyak malam tu......bergerak dari rumah jam 5.50...

Tun Sri Ujin sudah sampai.......nak pergi amik Kibal bayaithonosereus...

Kibal bayaithonosereus di kutip di hostelnya...dan kemudiannya kami teperangkap dalam jem lebih kurang 45 minit menuju pula untuk mengutip orang penting....iaitu capo UN9...agak malang kerana video time ambik Hazim anak Judan ni tak nampak pasal dah gelap....sori Jim...

Didalam kereta ketika menuju ke stadium aku berulang kali cuba mintak dekat Kibal awek yang dia bawak ke tesco haritu...kami sampai di stadium pukul 8 kot....

Dalam stadium...apa kenama eh kesenian ni...ok...ok tifo namo eh....siap dengan mercun pom-pom latar belakangnya...awas jangan bakar mercun pom-pom ni dalam stadium ye...itu tak best....!!!!

Masa ni Negeri dah kena 0-1 tak silap aku...Letusan desakan kecil bermula di KONA sebelum menjadi besar........kita lihat dibawah ini sambunganya.......

Habis game terus ke grandstand...nak meluahkan persaan.....FV craziest dah jadi hijau.....

Abang polis cuba memadamkan Flare...tapi tak berjaya memadamkan api kemarahan.....kelihatan Apett sungguh cool di tepi abang polis yang nak padam flare tu....

Bergabung dengan Kelab peminat  ......satu suara....!!!

Tun Sri Ujin amat marah....suaranya bergema satu Malaysia melalui Tv1 ....

player dah keluar...dan Fv craziest terus meluru kearah mereka.....dengan badanya bertukar warna hijau



Budak Kedah membising dekat tepi tu...


Meninggalkan stadium dengan bola-bola api....


makan di kedai romp....sebelum bertolak pulang...Nampak sangat RI kebulor eh....


makan pulak durian di jalan raja alang...sebagai penutup......



segala watak dan nama yang disebut disalam ini adalah nama samaran...oleh kerana ultras itu tidak bernama
(betul ke ape aku cakap ni??)......ekekkekekekeekk


ok chow!!!!!

Monday, April 11, 2011

Presiden FAM dan AFF adalah sama ...!!!!!


Tahniah Presiden FAM kerana pada 9 haribulan empat dua ribu sebelas yang lalu.... menang tanpa bertanding serta terus dilantik sebagai Presiden AFF yang baru pada kongres AFF di Bangkok....aku sebagai rakyat Malaysia berasa amat bangga dengan kemenangan tanpa bertanding itu...bangga sebangga-bangganya aku jadinya bila kerusi presiden AFF yang lalu juga disandang oleh orang Malaysia juga iaitu Tengku Ahmed Rithauddeen bekas Menteri pertahanan dan Menteri Luar....dengan kesinambungan yang dapat dipertahankan miliknya itu maka tahniah untuk rakyat Malaysia....Malaysia Boleh !!!!!!

                                                Rumah AFF di PJ (aku sedut dari website AFF)


Pada aku pengaruh besar yang ada pada Sultan Ahmad melayakan baginda memegang jawatan tersebut...Agak malang bagi Nurdin Halid (PSSI) salah seorang calon Presiden AFF telah dipecat oleh FIFA dua tiga hari sebelum tu...aku rasa atas dasar hormat dekat Presiden FAM Datuk presiden bola Thailand pun tarik diri di saat-saat akhir....agaknya la.....


                                                          Presiden AFF dan FAM

Aku kagum dengan semangat Presiden FAM kita ni...memang berjiwa bola sangat-sangat dan baginda memang pencinta sejati bolasepak...satu ketika dulu presiden FAM berundur dan memberi laluan kepada presiden AFC yg baru ketika itu untuk menerajui AFC...dengan alasan sudah lama memagang jawatan..tak silap aku..tak pun nak kurangkan kerja....entahla alasan apa aku pun tak ingat...tapi sekarang Presiden FAM kita kembali bertenaga...dengan tugasan terbarunya....semoga sukses memartabatkan bolasepak ASEAN dan berjaya dengan pelan WC2030....




harapan aku akan ada satu liga bolasepak antara kelab Asean...tapi memang susah bila nak buat pasal bertindih dengan ACL dan AFC cup...hhaaakkk thuuuiiii.. siapalah aku nak berimaginasi lebih-lebih....aku bukan pencinta bolasepak yang ada kuasa dan pengaruh....aku bukan ada tanah ke apa ke nak bagi kat orang.. lagi baik aku duduk diam-diam sudah....tengok apa sebenarnya yang best sangat jadi presiden ni selain dari kuasa......!!!!!


Thursday, April 7, 2011

Jam 8.20mlm di yong tau foo tesco

Salam....aku sebenarnya takde ape nak tulis pun...hari ni aku nak cerita pasal kedai yong tau foo aku di tesco Selayang ni...hari ini genap 12 hari kedai aku beroperasi.....setakat ni saleskedai aku ni   kira bagus jugak la bagi aku la....sebelum ni aku takde pekerja...cuma ada part time ...kibal(part time1) eksiden pulak pada hari kedua aku beroperasi...sampai sekarang injured ...kesian dia...aku harap dia cepat sembuh....Mat bayai (bukan nama sebenar)(part time 2)aku dah berentikan kerja...pasal dia ceroboh FB aku dan mempunyai displin yang teruk sekali....ada ke time aku keluar isap rokok dia boleh masuk fb aku....hampeh!!!!!


                                                      Apolah kono eh kau ni jang !!!
 ok aku teruskan......dekat bawah ni adala gambar sekitar kedai aku ni...bolehlah korang tengok sambil doa-doakan business aku ni bertambah cawanganya....
                               mereka-mereka yang akan menjadi penagih yong tau foo selepas ni
                                                               sibuk je staff sebelah ni
                                                        jiran sebelah Station Kopitiam

lupa pulak nak bagi tau aku dah ada pekerja tetap dekat kedai aku ni....akak asal orang jelebu...duduk dekat flat depan tesco ni....akak ni umur 40 tahun...aku tak tau la sampai bila dia boleh tahan dengan aku....kene marah je memanjan.....ok ada customer...nanti aku sambung....chowwww!!!!

Wednesday, March 30, 2011

kita tunggu jawapan FAM


Ini adalah sambungan post aku pagi tadi....kita sambung cerita...ok...susulan email yang diterima dari Malta FA kepada rakan kita ....marilah kita sama-sama tunggu jawapan dari En.FAM tentang perlawanan persahabatan yang cuba di  aturkan oleh seorang peminat  yang cukup aku kagum semangatnya....

Iaitu  En Khirul Shazely Abd Razak...
ini adalah post terbaru beliau di PFSLJ...sambungan dari post beliau pagi tadi.....
Email kepada FAM:-
"Saya Khirul Shazely menghantar email kepada pasukan kebangsaan Malta untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan kebangsaan Malaysia. Kemudian saya telah menerima maklum balas dari Lawrence Ellul dan mereka berminat untuk mengadakan perlawanan tersebut. Di harap pihak tuan dan puan dapat mem...beri maklum balas serta proposal kepada Lawrence Ellul secepat mungkin supaya perlawanan persahabatan dapat diadakan pada bulan April ini. Di sini saya tiada kepentingan peribadi cuma untuk melihat pasukan kebangsaan dapat mengadakan perlawanan persahabatan yang bertaraf antarabangsa setiap bulan.(Sila lihat message yang saya terima daripada Lawrence Ellul)"
Kerja saya telah selesai kali ini tanggungjawab FAM untuk melaksanakan impian peminat tempatan........
 Jadi kesimpulanya marilah kita ramai-ramai rakyat Malaysia menunggu jawapan FAM .....apa la FAM nak jawap ni...hehehheheehe.....tungggguuuuuu!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 29, 2011

Perlawanan persahabatan untuk FAM

Semalam ada satu post di PFSLJ yang amat menarik aku....nah!!! aku cut & paste dari PFSLJ.....
 
 Khirul Shazely Abd Razak
Untuk pengetahuan anda saya sahaja menhantar email kepada pasukan kebangsaan Malta untuk perlawanan antarabangsa dan ini ialah respond mereka
"Dear Khirul,
Received with thanks your email regards the possibility to play a friendly match vs Malaysia National Team.
The Malta Football Association is interested in such friendly match and wou...ld be very glad were you to send us further details about your proposal.
We would like to know availability, dates, venue,
Whilst waiting for your reply ,
Regards,
Lawrence Ellul
Malta Football Association
International dept."
Saya meminta tolong daripada anda semua kerana mereka berminat nak buat friendly dengan pasukan Malaysia
                                                  bukti email yang di balas oleh Malta FA
Sedangkan orang biasa seperti Khairul ini boleh aturkan Friendly dengan negara...walaupun ranking malta di tangga ke 156...tapi ia adalah sebuah negara...dan bukanya kelab....
apa FAM nak jawap ???.......Macamana FAM boleh cakap tiada negara yang mahu adakan friendly dengan Malaysia tempohari????ini buktinya.....yang kau pergi lawan kelab buat apa....buang masa je bagi aku...bukan dapat naikan ranking pun......FAM tak buat kerja ke....ataupun buat kerja last last minit.....ada juga cadangan di PFSLJ yang menyuruh FAM menghantar email kepada semua persatuan bolasepak negara yang terdapat dalam dunia ni...mana lah tau salah satunya berminat nak adakan perlawanan persahabatan.....
Apa kejadahnya  lawan kelab...ia tak menaikan ranking Malaysia langsung.....Silalah uruskan kejayaan Harimau Malaya dengan betul....kejuaraan di AFF dah dapat...tapi nak menguruskan kejayaan supaya mendapat kejayaan yang lebih besar adalah satu tugas yang lagi berat berbanding untuk menjadi juara tempohari...inilah masa FAM kene serius....jangan nak main-main ataupun leka....kalau tidak kita akan kembali ke zaman gelap bolasepak kita lagi sekali.......
P/S ...Terima kasih kepada Khirul yang sudi berkongsi

Thursday, March 24, 2011

Projek !!!!


Salam....apa khabar semua....maafkan aku.....kerana jarang update blog ni  sepanjang minggu ni....aku ter amatlah sibuk dengan kerja-kerja menyiapkan susun atur kedai Yong Tau Foo aku...Aku pernah jugak bisnes makanan ni  sebelum ni.....aku bukak burger depan rumah mak aku di Kepayang....masa tu aku tengah tunggu SPM...jadi disebabkan aku ni tak minat nak kerja dengan orang aku pun bukak la bisnes kecil-kecilan....sebelum tu kembali ke zaman form2-3 aku pernah kerja tolong Leman (seoarang brader berumur 47 ketika tu,jawa perut buncit dan sopan oarangnya) bukak burger dan soto dekat Taman Bukti...aku dengan kawan aku Bulek tolong Leman tiap-tiap malam di gerainya...

                                                       skodeng...sekadar gambar hiasan

Pernah pada satu malam  jam 2 pagi....di bulan puasa sekitar tahun 1995 aku Bulek dan Botak tangkap sepasang kekasih sedang beromen dekat tepi bukit dalam taman Bukti tu....kita orang mengendap dari belakang kereta pelan-pelan...bulek di hadapan...aku dengan botak menyusul di belakang....tiba-tiba Bulek yang sudah berada di tepi tingkap sebelah pemandu menjerit sambil menyergah orang dalam kereta tu...''woi beromen ke??"...kelam kabut seorang perempuan yang tengah berada diatas seorang lelaki ke posisi pemandu untuk start enjin kereta dan cabut.....kami pun bergegas ke kereta dan kejar orang tu...nak dijadikan cerita..perempun tu(kira akak-akak la) tu adalah jiran selang dua tiga buah rumah dari rumah botak...dan akak tu adalah seorang cikgu....kita orang tunggu akak tu belakang rumah dia..lebih kurang setengah jam kemudia...akak tu muncul dengan jantan tu....kita orang pun apa lagi sergah la kakak tu.....

Dalam pada masa yang sama ketika sergahan itu berlaku....bulek dan botak dah tahan akak tu sambil aku pergi memanggil jiran terdekat...rumah yang paling dekat adalah rumah Leman...tekejut Leman aku panggil dia pepagi buta..dengan kain tuala je dia tinjau dari tingkap....nak tegelak pun ada gak time tu...sebab leman bertuala sambil kopiah tetap dikepalanya...agaknya dia main dengan bini dia pakai kopiah kot....baru je aku bukak mulut nak bagi tahu apa yang terjadi...botak dan bulek panggil aku...diorang cakap tak payah bagi tahu...aku pun cakap melalui tingkap tu dekat Leman bahwa tiada apa-apa yang berlaku...sambil aku beredar meninggalkan Leman terpinga-pinga....aku pendekkan cerita...kita orang pow akak tu dgn boyfriend dia...akak tu dah kahwin...isteri kedua...mamat tu adalah bekas pelajar dia...akak tu adalah bekas cikgu kepada mamat tu...dunia-dunia...


bersambung....

Star Yong Tau Foo

sambungan...


Apa la aku melalut ni.....sebenarnya aku nak tulis pasal Yong Tau Foo....... aishhh!!!!... ok..ok..ok.. aku cerita balik...Kedai Yong Tau Foo aku terletak di  Food Court Tesco Selayang....sepatutnya bukak harini...tapi disebabkan Gas malaysia miscommunication (bak kata pegawai yang aku kol tu) diorang tak dapat nak pasang gas dekat kedai aku..apa punya alasan la brader...malas aku nak layan...sepatutnya datang semalam.....alih-alih esok pagi pulak dia nak datang..hampeh btol...jadi terpaksalah aku mulakan operasi kedai aku ni esok...lepas orang pasang meter gas datang....



                                            Ujin & Iqbal bertungkus-lumus membantu cuci kedai

Terima kasih tak terhingga dekat Ujin & Iqbal yang telah menolong membersihkan kedai aku hari ahad lepas......tadi ujin pun datang tolong buat touch up terakhir...siap bawak anak dan wife  sekali bershopping...Iqbal bayai pulak datang pukul 3 petang...time aku tak ada dekat situ...dia tak dapat kol pasal talipon takde kredit katanya....sorila kibal....terima kasih sekali lagi buat kali  keduanya untuk diorang berdua ni...


                                                       no 2 Food Court Tesco Selayang

Dengan ini secara rasminya saya menjemput anda semua ke Star Yong Tau Foo di Tesco Selayang bermula esok pagi ....Sesiapa yang berminat nak jadi ejen dan minat meniaga dari modal yang rendah boleh hubungi saya...dengan resipi kuah turun temurun...kesedapan menjilat bibir...cubalah rasa......baiieekkkk punyeeeee!!!!!!


p/s
tolong la klik iklan nuffnang dekat atas tu....terima kasih,,,,

Tuesday, March 22, 2011

Chant Otai

Dari zaman Stadium Perbandaran ada chant ni....sampailah final 2010...kira chant ni wajiblah...aku malas nak tulis ...aku nak share je....lupalak...kredit kepada pemegang flare L.UMS....

Friday, March 18, 2011

Negara vs Kelab

FAM gagal lagi untuk menyediakan lawan sebenar untuk Harimau Malaya pada aksi perlawanan persahabatan bulan March ini...setelah Oman,Sri Lanka dan Iran tidak dapat memenuhi undangan maka pasukan bekas juara Liga S 2010 iaitu Etoile FC menjadi pasukan yang akan berlaga dengan Harimau Malaya pada hujung bulan ni.....
 Janganlah salah faham pulak pasal kelab ni...Etoile FC ni bukanlah kelab dari liga Perancis jauh sekali pernah menjadi juara apa-apa liga di Perancis...Kelab ini hanyalah ditubuhkan pada 2010 oleh seorang warga Perancis dan pemain-pemainya kebanyakan adalah orang Perancis....Kelab ni adalah seperti kelab-kelab undangan di Liga S seperti Sinchi FC (2003), Albirex Niigata (2004), Sporting Afrique (2006), Liaoning Guangyuan dan Super Reds ( 2007), Dalian Shide (2008) and DPMM (2009)......



                                                Pengerusi & Pengasas johan Gouttefangeas


Antara bintang yang terdapat di kelab tersebut adalah Mouty Ousseni (bekas pelatih di akedemi PSG) bermain di bahagian tengah........ Matthias Verschave berumur 33thn dan pernah bermain untuk PSG dari tahun 2000-2003 sambil di loan kepada Swansea 2000-2001......dan penjaga Gol Yohann Lacroix umur 26 tahun pernah bermain di Lille & Auxerre ketika remajanya dan berada di  skuad senior Lille dari 2005-2008.....Kedudukan terkini kelab ni di Liga S adalah di tangga keempat liga setelah 5 perlawanan berlangsung.....penaja utama bagi kelab ini adalah Cap Ayam ......

                                                            Skuad Harimau Malaya

Pada aku letaklah lawan Real Madrid sekali pun...aku tetap tak setuju negara melawan Kelab..dah tak ada langsung ke negara yang nak berentap dengan Malaysia????...FAM jemput friendly last-last minit ke????Ataupun FAM sibuk kira untung menang Piala AFF haritu sambil pening nak memikirkan gelaran datuk dan tanah nak dibagi dekat siapa sampai lupa nak uruskan friendly...????.....satu je aku nak ingatkan dekat FAM ni....Etoile FC tu tak main pun kelayakan Piala Dunia akan datang ni....Kesian En. Rajagobal!!!!!


P/S
Tengok dekat web FIFA 21-25hb ni akan ada perlawanan persahabatan antara India , Taiwan , Pakistan , Turkmenistan di KL..pasukan ni akan bermain 3 perlawanan menentang sesama mereka..... ada tournament ape diorang ni kat sini????<------------ooooo diorang ni ade qualifying untuk AFC challenge cup rupanya(info dari en pablo tiger)

Thursday, March 17, 2011

Kejayaan FAM menghasilkan Pengadil

Tajuk berita yang paling menarik perhatian aku semalam adalah tentang seorang pengadil Malaysia yang bernama Suhaizi Shukri di beri kepercayaan untuk mengadili perlawanan Indonesia Super League (ISL) diantara Persija Jakarta vs Persiba Balikpapan di Stdium Gelora Bung Karno .....Beliau adalah pengadil asing pertama diberi kepercayaan untuk mengadili perlawanan di ISL ....Tujuan ISL menjemput pengadil dari luar adalah sebahagian perancangan mereka untuk meningkatkan mutu liga...jangan lupa ye FAM ada cara jugak nak menaikan mutu liga....hehehehheehe...

                                                          gamba ihsan dari www.FAM.org

Tujuan aku tulis ni bukan nak ucap tahniah pada pengadil tu ataupun nak ucap tahniah pada PSSI dan ISL...jauh sekali aku nak anugerahkan tanah ataupun pangkat datuk dekat mamat tu....tapi aku terpanggil untuk mengingatkan kesekian kalinya kepada sekalian rakyat Malaysia ni bahawa FAM sememangnya jaguh melahirkan pengadil di dalam dunia ni...untuk pengetahuan anda semua FAM setakat ini berjaya melahirkan seramai 11,810 pegawai pertandingan di liga M kita ni...tahniah FAM memang bagus kerana berjaya menghasilkan pengadil seramai itu di Malaysia ni...berbanding Korea Selatan yang hanya ada 4,648 pegawai pertandingan di negara mereka.....tahniah FAM kau berjaya juga menang secara statistiknya dengan KFA....



Tahniah FAM sekali lagi...pasal puas aku merayau cari info negara mana yang boleh menandingi FAM dari segi menghasilkan pegawai pertandingan lebih ramai dari pemain di liganya sendiri...dan memang aku tak jumpa pun negara yang dimaksudkan...Handal betul FAM ni.....Kelakar sungguh aku tengok...ada ke jumlah pegawai kita lagi ramai dari jumlah pemain yg didaftarkan...pegawai 11ribu lebih...pemain berdaftar tak sampai 10ribu....ini bermakna FAM dah bolehlah buat Liga pegawai pertandingan lepas ni....namakanya LPM (liga pegawai Malaysia)..hadiahnya dapat gelaran Datuk dengan Tanah satu lot.....!!!!


sumber : http://www.fifa.com/associations/association=mas/countryInfo.html

Ultras Nogori , Wan Jamak,Piala Malaysia

Antara video yang paling aku gemar dari Ultras Nogori..memang best ...perlawanan Liga Super pertama Negeri Sembilan untuk musim 2011 ...


Aku rasa salah satu sebab kejatuhan Negeri Sembilan musim ni adalah player terkejut tengok flare yang begitu banyak dibakar di paroi di perlawanan pembukaan dan juga player terkejut dengan budaya menyokong yang baru dibawa oleh UN9....maklumlah tak biasa disanjung....sampai ke sekarang ni N9 bermasaalah...baru siang tadi Wan Jamak letak jawatan sebagai jurulatih...aku rasa mamat tu tak tahan dengan ulasan MB tok Mat de suratkhabar arus perdana...Memang pedas Tok Mat punya kenyataan dalam akbar...kalau aku kena macam tu pun aku terus bungkus baju aku balik kampung......

                                                           gamaba WJ ketika sedang eksyen !!!!

Aku rasa strategi yang boleh dibaca pihak lawan dan kurangnya motivasi pemain membuatkan skuad kobau ni lemau musim ni...Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat WJ ni.....pasal dia jugaklah setelah 61 tahun menanti Piala Malaysia sampai jugak dekat Negeri sembilan...Jasamu tetap dikenang WJ....kepada bakal jurulatih Negri...Selamat datang Ke KONA 4C.....




Zaman sekolah rendah. !!!!


Tahun 1979 aku dilahirkan di Kelinik Thong dekat Bahau...Entah ada ke tidak kelinik tu aku pun tak tau....Ngam-ngam 7.35 pagi (ikut surat beranak) aku dilahirkan...aku anak ke 5 dari 5 adik beradik...aku memang selalu tak puas hati dengan Romper pasal dulu-dulu dia cakap aku ni anak pungut jumpa kat tepi jalan...ada ke satu malam keesokan harinya Romper akan ambil peperiksaan SRP dan aku baru balik dari rombongan dari Penang...Aku ada beli bulu burung Merak...aku bagi la dia bulu tu tak silap aku...ada ke dia kutuk aku..dia cakap bulu tu hanya orang Tamil je pakai untuk sembahyang...dan aku bab-bab Tamil ni memang aku panas la..pasal aku berkulit hitam...apa lagi aku rembat dan bertumbuk dengan romper dekat bilik bawah rumah Kepayang....
                                                    Bulu Merak yang dipertikaikan oleh Romper

Dengan menggunakan raket badminton kayu aku ketuk kepala romper sampai patah raket tu...hahahhaha.... Seingat aku darjah 6 time tu....Masa darjah 5 ke 6 aku tak ingat...aku penah buat kumpulan muzik yang diangotai oleh 3 orang..aku,loko dan zali...FAZAMA nama kumpulan tu..pakai belakang kerusi jadikan drum dan kami rakam demo tape pakai mini kompo akak aku time tu...lagu kitorg sumanya mencarut je...

Masa darjah 6 ni macam-macam aku buat....belajar isap rokok dekat dalam pembentung air ke kolam najis dekat kepayang ...Rokok itu jam aku rembat arwah abah aku punya rokok...bukan dia isap rokok tu..dia dapat hadiah rokok tu dari geng-geng jepun & Austria nye...dari sehari ke sehari aku rembat rokok tu....

Masa aku darjah 5-6 ni jugak aku dah pandai pegi stadium tanpa naungan arwah abah aku...aku dah pandai pegi sendiri..kalau tak time tu aku akan set jumpa loko dekat grand stand..loko ikut atok dia ke stadium....pernah sekali aku pergi sendiri ke stadium pembandaran...macam biasa la game 4.45 petang...habis sekolah naik bas lepak wisma tengok orang main game la...nak masuk tempat game 20sen tak boleh...pasal tak cukup umur...jadi main la game nintendo tak pun Sega 16 bit 1/2 jam RM1-3 tak silap aku...





Ada satu kali tu dah lepas duit aku habis main game dan masih lama nak tunggu bola start aku pun menebeng la muka dekat tempat game 20sen HARLEM tak silap aku nama tempat tu...aku kawan aku Asher layan je ada dua orang brader tu main game Snowbros...lepas tu dah nak game mamat tu suruh kitorg sambung...aku dengan asher pun sambung la main...tak pasal tengah syok-syok main mamat tu ambik cap LA Lakers (milik Romper) yang aku pakai...dan mamat tu terus ber edar lari...Aku dengan Asher kejar mamat tu....dan sampai di satu sudut budak tu berhenti dan pow kitorg...demi nak menyelamatkan topi tu aku rela menyerahkan wang ringgit yang ada...cheehhhh!!!!!


                                              

Dengan duit tak ada aku dengan Asher yang baru lepas kena pow ni ke stadium Perbandaran...dengan menggunakan skill cakap dekat penjaga tiket "tiket dekat belakang bang" menunjuk konon-kononya ada bapak kitorang kat belakang akan bagi tiket dekat mamat jaga tiket tu....kami pun terlepas masuk kedalam untuk tengok bola....yeeeeehaaa!!!!!!!!!!!

PFSLJ

sambungan....

Atas dasar negara kita ni melayakkan aku sebagai rakyat bersuara maka aku pun buat lah page PFSLJ tu pada 14 november 2009...di malam kemenangan Harimau Malaya keatas Laos di semi final sukan SEA...OK habis ceta...

                                                 Piala sumbangsih Negeri 9 vs Selangor 2010

Tujuan aku buat blog ni saje je sebab nak mengeksperisasikan(x tau nak eja) diri...dan sebab dah 3 hari Astro kat umah aku ni buat hal..dan aku tak boleh nak keluar rumah pasal aku baru lepas kene operate..Ok kita bukak cerita lain......

Tuesday, March 15, 2011

Presiden Fam sila letak jawatan!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Mungkin ramai yang sudah tahu teantang kewujudan 'page' ini di facebook ciptaan Mark zuckerberg yang dicetuskan ideanya oleh adik beradik pendayung olimpik US yang menang pingat emas masa olimpik Athens tak silap aku....

OK meh aku cerita sedikit sejarah dan latar belakang page tu...page itu dibuat ketika aku dah tak tahan sangat tengok prestasi pasukan Malaysia yang makin hari makin jatuh....kemuncak kesabaran aku adalah ketika perlawanan grouping SEA Games 09 antara Malaysia vs Vietnam....Malaysia kalah masa tu...jadi dengan sungguh tidak tahan nya hati aku masa tu dan dengan perasaan amarah yang menguasai diri maka aku pun buat lah satu page untuk menyalurkan ketidak puasan hati aku kat FAM ni...dan tajuk yang aku pilih adalah kesinambungan dari satu banner yang dibuat oleh abang aku sebelum itu...

                                                   (gambar ni aku curi dari page L.Romper)
 Orang yang paling bertanggungjawap dengan kemerosotan prestasi Malaysia pada aku adalah tidak lain tidak bukan adalan Presiden FAM itu sendiri....sejak presiden FAM skarang ni ambil alih FAM pada tahun 1981 sampai ketika aku buat page PFSLJ tu Malaysia memang teruk dan makin hari makin jatuh ranking antarabangsanya....

bersambung........

Thursday, January 13, 2011

liga M??

Liga bolasepak disesebuah negara adalah nadi bolasepak sesebuah negara .jika liganya mundur maka mundur jugalah mutu,perolehan,dan pembanggunan bolasepak negara terbabit. FAM adalah sebuah badan yg bertanggungjawap untuk mencorakan sistem liga di Malaysia supaya ianya memberi pulangan kepada negara.
Malangnya FAM adalah sebuah badan yg meniru bulat2 sistem luar tanpa memikirkan impaknya disini.yg FAM tahu adalah mencipta liga yg syok sendiri tanpa memikirkan soal pembanggunan sukan bolasepak secara keseluruhanya.FAM boleh perbetulkan semuanya jika tiada yg angguk sahaja tentang keputusan yg dibuat.FAM juga boleh dibetulkan jika yg telah terlalu lama berkuasa menanamkan sifat rendah diri dan rasa tanggungjawap yg tinggi.
bagaimana liga Malaysia seharusnya dijalankan ???

1)Persatuan negeri tidak dibenarkan bertanding didalam liga kebangsaan(supaya hilang pengaruh ahli politik didlm bolasepak).persatuan2 ini hanya terlibat didalam penganjuran pertandingan2 diperingkat negeri.hanya pasukan kelab akan bersaing merebut kejuaraan melalui semua pertandingan2 yang dijalankan di negara ini.
2)FAM harus mengambil kira keadaan demografi malaysia.Dengan membuka ruang kepada pemain dari negara asean untuk bermain tanpa status pemain import.pemain import hanya diluar asean. secara tidak langsung pasaran bolasepak malaysia meluas kepada pekerja asing dinegara ini.

3)hak penyiaran tv boleh dijual ke negara2 terbabit.Hak penyiaran ini juga haruslah eksklusif untuk pihak kelab,dimana akan mendapat bayaran setiap kali pasukan mereka ditayang secara live ataupun rakaman.
jika 10% drpd 500juta penduduk asean adalah peminat bola & regulasi bola kite mengecualikan status pemain import dari negara asean . liga kita akan mendapat benefit dari segi penyiaran ke negara terbabit dan jumlah penonton yang ke stadium bertambah dari kalangan rakyat mereka dinegara ini.dengan pasaran sebesar ini ...barulah koprat berani utk melabur berbanding 10% dari jumlah 27j rkyat msia
 

4)kelab > menguruskan-menjana kewangan pasukan dan pembangunan. koprat > menaja pasukan,meraih moral perniagaan.keuntungan dengan penjenamaanya.memerlukan pasaran yang luas utk memasarkan produk/servis. persatuan neger i> menguruskan pertandingan tempatan FAM > menguruskan pertandingan tempatan dan antarabangsa. Kerajaan > pengecualian cukai,pembangunan bolasepak disekolah2
                                                          
                                                      (rembat kosmo 1-1-11)
5)apabila pasaran penyiaran tv meluas ke negara asean dan penonton bertambah barulah ada syarikat koprat nak invest dlm kelab.kalau liga ditakuk sekarang ni susah kerana kalau sponsor pun buat rugi je,xdapat pulangan.bola sepak adalah satu industri.jika liga menarik dari penjual burger,penjual topi,tukang jage parking ...dkt stadium hinggalah syarikat koprat akan dapat benefitnye

6)budaya bolasepak di malaysia adalah menyokong pasukan negeri..jika pasukan negeri tak bertanding maka akan tumbuhlah peminat2 baru yg akan menyokong kelab ...FA negeri tumpukan kepada penganjuran pertandingan sahaja,mereka akan untung melalui hasil tiket yang dikongsi bersama kelab,yuran pertandingan,hak penyiaran......setiap liga tempatan/negeri mesti dikenakan tiket walaupun liga kampung...paling kurang pun RM2

7) tugas FA negeri menguruskan>1)liga negri(2 pemenang akan bertanding di liga C peringkat kebangsaan,kelab semi pro,2)liga daerah(disertai oleh kelab amatur)3)liga 4)liga remaja mengikut umur(7 thn,12thn,15thn,18,thn,komuniti(diwakili pasukan taman/kampung. tugas FAM menguruskan pasukan kebangsaan dan prjalanan liga k...ebangsaan >1)liga A (pasukan pro)2)liga B (pasukan pro)3)liga C( pro & semi pro) 4)liga remaja

8)Potongan cukai kepada syarikat yang menaja pasukan..dibawah skim hadiah atau khidmat sosial masyarakat...potongan cukai ,pinjaman atau geran dari kerajaan/FAM/FA negeri untuk pembanggunan bolasepak remaja&kanak2 ..danjadikan tempat pertandingan wadah untuk pengiklanan tempatan

9)hak penyiaran yang dipegang oleh FAM sekarang dan diagihkan kepada FA negeri melalui geran tahunan haruslah dihapuskan..hak penyiaran ini semua haruslah diberikan mengikut kepentingan dan merit tontonan terhadap pasukan tersebut

sekadar pandangan..